202 individu dikompaun, 39 direman langgar SOP PKP

135

12 DIS: Seramai 202 individu sudah dikompaun manakala 39 individu lain direman selepas ditahan polis kerana melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (77), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (43), aktiviti pusat hiburan (41) dan lain-lain (2).

Ismail Sabri berkata pihak berkuasa juga menahan 51 pendatang tanpa izin (PATI) dan seorang tekong serta merampas enam kenderaan darat dan dua bot/kapal dalam Ops Benteng di seluruh negara, semalam.

Beliau juga mengesahkan bahawa seramai 86,398 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dari 36 negara, sejak 24 Julai sehingga 11 Disember 2020.

“Kesemua telah ditempatkan di 78 Hotel dan 19 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan dan Melaka.

“Daripada jumlah itu, seramai 12,827 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib termasuk 73,028 individu sudah dibenarkan pulang
dan 543 individu lagi telah di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan di 689 premis perniagaan termasuk peruncit (518), pemborong (143) dan pengilang (28).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

“Pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 525 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan kesemua premis yang diperiksa mematuhi SOP yang telahditetapkan,” katanya
.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.