Promosi bilik RM1 Hotel Seri Malaysia, tempah segera

595

11 DIS: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Hotel Sri Malaysia menawarkan promosi bilik dengan harga berharga RM1 untuk malam kedua, dengan setiap pembelian bilik pada kadar RM188 untuk penginapan malam pertama.

Unit Komunikasi Korporat MOTAC berkata, promosi yang akan berakhir pada 31 Disember ini termasuklah pakej sarapan pagi untuk dua orang serta akan mendapat potongan 2 peratus untuk jumlah keseluruhan bil makan dan minum.

“Dengan hampir 2,000 bilik penginapan di 21 lokasi strategik seluruh negara, Hotel Seri Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, kolam renang, bilik mesyuarat, wifi, aktiviti rekreasi serta Kafe Rasa Seri Malaysia yang menampilkan konsep moden dan urban sentuhan chef selebriti tempatan untuk memberi keselesaan dan kelainan kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan.

“Hotel Seri Malaysia sentiasa mengutamakan kesihatan, kebersihan pengunjung serta persekitaran sebagai objektif utama dalam operasi perhotelan dengan komited memastikan semua prosedur keselamatan (SOP) pencegahan COVID-19 dilaksanakan dengan ketat di semua premisnya di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini

Hotel Seri Malaysia

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukry turut menyatakan promosi ini merupakan inisiatif Hotel Seri Malaysia untuk menggalakkan percutian dalam negara dengan amalan norma baharu.

nancy shukri
NANCY SHUKRI

“Ini adalah seiring dengan Kempen Penyemarakan Pelancongan Domestik yang telah dilancarkan oleh kementerian sebelum ini.

“Maklumat lanjut untuk promosi ini boleh didapati dengan mengubungi 03-2299 777 atau emel kepada [email protected]

“Tempahan bilik boleh dibuat terus di mana-mana cawangan Hotel Seri Malaysia atau melalui [email protected],” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.