Pegangan Petronas dalam MISC, KLCCP berkurangan

73

11 DIS: Petronas telah mengurangkan pegangannya dalam MISC Bhd dan KLCCP Stapled Group di Bursa Malaysia Securities semalam menerusi langkah penetapan harga dengan ekuti yang dipercepatkan.

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu ia berkata, pengurangan itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha pengoptimuman berterusan Petronas untuk memastikan portfolio yang mampan dan kukuh di samping bersedia merebut peluang perniagaan baharu.

“Penjualan saham ini akan mewujudkan penyertaan dan pemilikan pelabur tempatan dan antarabangsa yang lebih baik dalam syarikat-syarikat ini, sebagai tambahan kepada mudah tunai saham yang meningkat,” kata Petronas dalam satu kenyataan, hari ini.

Petronas juga akan terus mengekalkan pemegangan sahamnya dalam MISC dan KLCC SG yang kekal menjadi penyedia penyelesaian utama kepada Petronas.

Selepas penjualan itu, Petronas akan terus kekal sebagai pemegang saham terbesar MISC dengan kepentingan antara 51.6 peratus berbanding 57.56 peratus sebelum ini.

Pada 10.50 pagi, MISC naik lima sen kepada RM6.86 dengan 311,200 saham diniagakan dengan pemodalan pasaran RM30.44 bilion.

KLCCP pula rendah satu sen kepada RM7.49 dengan 240,800 saham diniagakan dengan permodalan pasaran RM13.63 bilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.