Covid19 : Enam lagi kluster baharu dikesan hari ini

221

11 Dis : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan enam kluster baharu ini yang mana kesemuanya melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster tersebut melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.

Enam kluster tersebut ialah kluster Sungai Putus, kluster Erima, kluster tapak bina Jalan Berangan, kluster Langkasuka, kluster Jalan College dan Kluster Sungai Keluang.

“Kluster Sungai Putus daerah Klang di negeri Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang.

“Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 2,001 individu telah disaring, di mana 427 kes telah dikesan positif COVID-19. Kluster ini melibatkan sembilan (9) warganegara dan 418 bukan warganegara,” jelasnya.

Manakala Kluster Erima pula melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor dan sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini, ujarnya lagi.

Kluster tapak bina Jalan Berangan pula menurut beliau, melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil dan sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 1,246 individu telah disaring, di mana enam kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Di Johor, kluster Langkasuka telah dikesan melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru. Kes indeks (iaitu kes ke-71291) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

“Kluster jalan College pula melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Petaling di negeri Selangor. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Manakala kluster Sungai Keluang melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-71197) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan pulang ke negara asal.

“Hasil saringan kontak rapat di tempat kerja seterusnya mendapati seramai 16 kes lagi dikesan positif COVID-19. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.