Menteri Kesihatan kontak rapat, kuarantin di rumah

107

10 DIS: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah diperintahkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah sehingga 18 Disember ini.

Ahli Parlimen Tenggara itu berkata, perintah itu dikeluarkan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Putrajaya mendapati beliau ialah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabatnya Sabtu lalu.

Menurut beliau, petugas media terbabit didapati positif COVID-19 dan bergejala.

“Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya.

“Sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan COVID-19.

“Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan COVID-19. Mohon doakan semuanya selamat,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau, hari ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.