RM24 bilion bantuan kerajaan beri manfaat 1.4 juta PKS

64

9 Dis : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, setakat 27 Nov 2020 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM24 bilion bantuan secara langsung, pinjaman atau geran yang telah memanfaatkan lebih 1.4 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro.

Jelasnya, melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) , Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Ransangan Ekonomi Kita Prihatin (KITA PRIHATIN), ada PKS dan PKS mikro yang telah menerima lebih dari 1 manfaat bergantung kepada kelayakan menerusi pakej ransangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau menjelaskan demikian di dalam laporan LAKSANA Ke 32 bagi tiga pakej ransangan ekonomi prihatin yang dilaksanakan kerajaan.

Kata Zafrul, antara bantuan dan manfaat yang diterima termasuklah Dana Pinjaman Mudah PKS di bawah kendalian Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM11.13 bilion untuk 23,700 PKS, Program Subsidi Upah berjumlah RM9.89 bilion yang membantu hampir 300,000 PKS dan PKS Mikro serta 1.85 juta pekerja (tidak termasuk syarikat pertengahan atau besar) dan Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 berjumlah RM2.55 bilion bagi 850,000 PKS mikro.

Ini juga termasuk beberapa inisiatif lain seperti Inisiatif e-dagang PENJANA di bawah MDEC termasuk Shop Malaysia Online dan Micro and SMEs E-Commerce Campaign dengan suntikan sebanyak RM140 juta yang telah membantu lebih 21,000 usahawan PKS dan PKS mikro menjana jualan lebih RM1.2 bilion.

Jelasnya lagi, agensi-agensi kerajaan akan terus memberikan kemudahan dari segi pinjaman mudah dan geran, termasuk melalui Belanjawan 2021.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.