6 maut fasa percubaan vaksin Pfizer/BioNTech

237

9 DIS: Enam orang dilaporkan meninggal dunia dalam fasa percubaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan Pfizer/ BioNTech.

Perkara itu didedahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

Walau bagaimanapun, FDA memberitahu, tidak timbul isu keselamatan atau persoalan baharu tentang keberkesanan vaksin tersebut kerana kes kematian berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

Dua mangsa meninggal dunia ketika menerima dos percubaan vaksin itu manakala empat orang lagi mati di peringkat plasebo.

“Semua mangsa yang meninggal dunia mewakili kadar populasi umum dan peringkat kumpulan umur di mana ia berlaku pada kadar sama,” jelas laporan berkenaan.

Penemuan itu mengesahkan dakwaan Pfizer bahawa vaksin keluarannya mempunyai sekurang-kurangnya 95 peratus keberkesanan dalam masa tujuh hari selepas suntikan kedua.

Data berkenaan juga menunjukkan kadar keberkesanan vaksin Pfizer hanya 52 peratus selepas suntikan dos pertama.

Laporan yang sama juga merumuskan keberkesanan data menepati jangkaan FDA bagi kebenaran untuk kegunaan kecemasan.

Namun, data itu belum mencukupi untuk merumuskan tentang tahap keselamatan vaksin berkenaan terhadap kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, wanita hamil dan mereka yang mengalami gangguan sistem imun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.