Pengumuman MB Perak hanya dikeluarkan pihak Istana

242

8 DIS: Sebarang pengumuman berkaitan Menteri Besar Perak yang baharu hanya akan dikeluarkan pihak Istana.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi setelah selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta sekitar, di sini, jam 10.30 pagi tadi.

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau tiba di Istana Kinta di sini sekitar jam 9.50 pagi.

Ahmad Zahid turut mengumumkan UMNO kekal bekerjasama bersama Perikatan Nasional.

Difahamkan, Sultan Nazrin sudah menitahkan Adun daripada Bersatu dan Pas menghadap bagi melancarkan proses pemilihan Menteri Besar baharu

Terdahulu, Pas Perak menegaskan bahawa akan mematuhi keputusan Pas Pusat berhubung pembentukan kerajaan baharu negeri Perak.

Pesuruhjaya Pas Negeri Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya menyerahkan dan menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan oleh pihak Pas Pusat.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi sebulat suara bersetuju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad diangkat sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.

Berdasarkan kedudukan kerusi DUN, UMNO mempunyai 25, Bersatu (5) dan Pas (3)

Jumlah keseluruhan kerusi DUN Perak adalah 59

Get real time updates directly on you device, subscribe now.