Pembangunan ekonomi hidrogen fokus RMK-12

90

7 DIS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk membangunkan ekonomi hidrogen yang akan menjadi sektor tumpuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang bakal menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata kerjaan ketika ini sedang melaksanakan road map pembangunan ekonimi tersebut bagi mengarus perdanakan inisatif dengan projek-projek berkaitan teknologi hidrogen.

Menurut beliau, jika ekonomi hidrogen ini berjaya dilaksanakan segera, pihaknya menjangkakan impak Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang akan diperoleh kerajaan dari sumber ekonomi baharu ini kira-kira USD 2 billion menjelang tahun 2025.

“(Kementerian) memberi hala tuju ekonomi hidrogen dari segi teknologi-teknologi penjanaan dan penyimpanan baharu termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) di peringkat universiti termasuk Projek Hidrogen Sarawak dan bekerjasama dengan Petronas (dalam) teknologi penjanaan hidrogen Malaysia.

“Begitu juga potensi bagi Petronas untuk menceburi pasaran hidrogen biru (blue hydrogen) di semenanjung. Ini satu yang kita akan jadikan sektor tumpuan dalam RMK-12 nanti,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dalam perbahasannya membangkitkan jika Kerajaan PN berhasrat untuk melaksanakan eknomi hidrogen di Malaysia.

Dewan Rakyat meluluskan belanjawan bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) setelah undian suara mendapati lebih ramai Ahli Parlimen yang bersetuju.

Sementara itu, bagi menjawab Ahli Parlimen PH Bakri, Yeo Bee Yin meminta kerajaan menjelaskan perincian pengurangan peruntukan Pusat Sains Negara (PSN), Khairi menjelaskan bermula tahun hadapan peruntukan PSN akan diberikan peruntukan sendiri berbanding tahun sebelumnya yang disatukan dengan Planetarium Negara.

“Peruntukan PSN 2020 bertambah bagi peruntukan pembangunan dan mengurus. Peruntukan pembangunan PSN bertambah dari 7.5 peratus iaitu dari RM6 juta kepada RM13.5juta,” katanya.

Khairy yang turut menjawab pertanyaan Bee Yin mengenai keputusan kerajaan memperketat Dasar Kabotaj Negara, beliau mengesahkan satu prosedur sedang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memberi peluang kepada industri perkapalan tempatan melakukan kerja-kerja pembaikan kerosakan kabel telekomunikasi dasar laut berdasarkan syarat tertentu.

“Isu Kabotaj Yang Berhormat Bakri, saya telah bangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diambil maklum oleh Kementerian Pengangkutan dan sedang dirangka satu prosedur.

“Yang akan memberi peluang pada industri tempatan tetati tidak akan menjejaskan masa yang diperlukan untuk dibuat kerja-kerja penambahbaikan kepada kabel dasar laut,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.