[email protected] promosi produk usahawan desa

210

7 DIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sentiasa membantu usahawan dari kawasan luar bandar meningkatkan pemasaran dan jualan produk keluaran mereka menerusi beberapa program dengan menggunakan pelbagai medium.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, antara usaha berterusan dilakukan KPLB termasuklah dengan menggalakkan usahawan luar bandar mempromosi, memasarkan produk keluaran mereka secara dalam talian atau online dengan perkongsian strategik melalui [email protected]

“Program ini membantu usahawan luar bandar meningkatkan jualan dan promosi produk keluaran mereka menerusi online menggunakan platform e-dagang termasuk Lazada, Shopee atau pun e-bay, playstore mall dan sebagainya.

“Malah, sehingga 30 September 2020 seramai 1,748 usahawan luar bandar telah dilatih dan 21,698 stock keeping unit (SKU) telah dimuat naik ke platform [email protected],” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

ABDUL RAHMAN MOHAMAD
ABDUL RAHMAN MOHAMAD

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang meminta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian untuk menggiatkan lagi pemasaran produk-produk usahawan desa.

Mohd Nizar juga ingin tahu bagaimanakah KPLB akan memastikan usaha yang dilaksanakan akan menerima sambutan daripada pembeli dan pengguna seiring dengan keadaan ekonomi pada masa kini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata KPLB juga telah menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2020 secara dalam talian (eKUD 2020) bertujuan mewujudkan kesedaran pembeli berkenaan produk usahawan luar bandar yang boleh dibeli secara dalam talian. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.