Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak esok

312

7 DIS: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Ipoh esok berhubung kemelut politik negeri itu.

Lapor portal Bernama.com yang memetik sumber, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan menghadap baginda pada 10 pagi.

Semalam, Ahmad Zahid memaklumkan akan menghadap Sultan Nazrin untuk mempersembahkan nama calon Menteri Besar Perak daripada UMNO.

Jawatan Menteri Besar Perak kini kosong selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan Sabtu lepas setelah gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas.

Menerusi usul yang dibawa ADUN BN-Pengalan Baru, Datuk Abd Manap Hashim, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya memperoleh 10 sokongan berbanding 48 menentang, manakala satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 BN, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.