Jalan terakhir, UMNO tak tolak kerjasama dengan PH

2,787

6 DIS: UMNO tidak menolak kemungkinan membuka lebaran kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP sebagai jalan penyelesaian terakhir untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu perlu sekiranya PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kekal dengan keputusan menolak pelawaan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri baharu di Perak.

Berikutan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, akan mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin tertinggi politik termasuk PAS dan BERSATU mahu pun kepemimpinan PH dan DAP dalam masa terdekat, sebelum membuat keputusan muktamad.

“Saya sudah mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan amat menghargai keterbukaan Tuanku berkenaan bertemu pemimpin utama politik di Perak sama ada kerajaan terdahulu mahu pun sekarang. Keterbukaan Tuanku menterjemahkan bahawa Keputusan DUN Perak menolak undi percaya yang telah dikemukakan sebagai satu proses demokrasi.

“Oleh itu, UMNO dan BN telah mengambil pendekatan bahawa untuk mengekalkan kerajaan negeri sedia ada di bawah kepemimpinan Menteri Besar yang lalu.

“Namun, kita tahu menerusi kenyataan Setiausaha Agung PAS dan BERSATU, maka satu pendekatan UMNO dan BN bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri baharu dengan mengambil kira semua pertimbangan politik supaya kerajaan yang terbentuk adalah kerajaan yang lebih kukuh dokongannya,” kata kepada pemberita selepas selepas selepas menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, sebentar tadi.

UMNO PAS BERSATU

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO akan membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan kemelut politik dan pelantikan Menteri Besar Perak baharu dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan mempersembahkan nama pemimpin dari UMNO untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Perak selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

“Saya akan mengemukakan nama calon Menteri Besar Perak baharu secepat mungkin selepas memuktamadkan perbincangan dengan beberapa pihak.

“Untuk itu, saya akan mengemukakan cadangan nama kepada paduka Sultan Perak untuk diperkenankan Tuanku akan secara mutlak kerana itulah kuasa mutlak baginda mengenai siapakah diperkenankan menjadi Menteri Besar Perak yang baharu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan melihat pelbagai sudut dan sedia membuat penjajaran politik baharu termasuk bergabungan dengan PH dan DAP.

“Kita akan melihat semua kemungkinan tetapi saya seboleh mungkin kita tahu kekalkan penjajaran terdahulu tetapi jika itu tidak dapat dilakukan maka tentu ada penyelesaian yang harus dilakukan penjajaran baharu.

“Semua kemungkinan akan ada (bergabung dengan PH dan DAP. Itu tertakluk kepada keputusan muktamad yang akan dilakukan oleh pihak parti.

“Saya menghadiri perhubungan UMNO malam tadi dan mengadakan pertemuan dengan ADUN UMNO Perak. Saya difahamkan perbincangan dengan parti lain di Perak sudah diadakan oleh pemimpin UMNO dan BN Perak.

“Apa yang paling penting Belajawan mestilah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perak. Untuk itu saya amat berharap pentadbiran negeri Perak terus berjalan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.