Henti sebar gambar, video kemalangan

201

6 DIS: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, merakamkan ucapan takziah kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad berikutan pemergian ahli keluarganya dalam kemalangan di Nibong Tebal awal pagi tadi.

Berikutan itu, Tunku Ismail juga meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Muhammad Syafiq sekeluarga.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” titah Baginda dalam Facebook HRH Crown Prince Of Johor sebentar tadi.

Facebook HRH Crown Prince Of Johor

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Syafiq terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan anaknya dan dua lagi penumpang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila kenderaannya dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan dengan Muhammad Syafiq mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan ngeri itu bagaimanapun mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertuanya, dan Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq, 25 tahun, dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, cedera ringan namun isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.