Pertukaran pegawai kanan PDRM, sembilan terlibat

229

4 DIS: Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri antara sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 4 Januari depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Mohd Azman akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman.

Pertukaran lain melibatkan Ketua Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Baharudin Mustapha yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisian Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

“Ketua Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rajagopal Ramadhass akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pertukaran lain membabitkan Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak Asisten Komisioner, Lim Meng Seah yang dilantik sebagai Ketua (D10) Fizikal JSJ Bukit Aman menggantikan Asisten Komisioner, Shaikh Abdul Adzis Sh Abdullah.

Kenyataan itu menyebut Shaikh Abdul Adzis akan dilantik sebagai Timbalan Komander Bridged Sarawak, Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam, Sarawak menggantikan Asisten Komisioner Hakemal Hawari.

Menurut kenyataan itu, Hakemal Hawari pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak.

Pertukaran lain melibatkan Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-Lain Jenayah), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Asisten Komisioner Wong Ing Fung yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi), Perak.

Menurut Asmawati, tempat Ing Fung akan diganti oleh Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan) Pulau Pinang Asisten Komisioner Ruslan Ibrahim.

Turut terlibat Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Asisten Komisioner Noraziah Zakaria yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Perak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.