KWSP jual lagi 7.36 juta saham Top Glove

176

5 DIS: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan menjual lagi sebanyak 7.36 juta unit sahamnya dalam syarikat pengeluar sarung tangan getah, Top Glove Corporation Bhd.

Perkara itu dinyatakan Top Glove dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia.

Syarikat tersebut memberitahu, KWSP menjual saham itu pada 1 Disember lalu melalui empat transaksi.

Walau bagaimanapun, nilai jualan saham terbabit tidak didedahkan.

Berikutan transaksi itu, KWSP kini memiliki 458.8 juta unit saham atau 5.72 peratus ekuiti dalam Top Glove.

KWSP yang pernah menjadi pemegang kepentingan terbesar dalam Top Glove iaitu 6.64 peratus atau 534.31 juta unit saham setakat 20 November lalu mula menjual sahamnya secara berperingkat setiap hari selepas tarikh tersebut.

Semalam, saham Top Glove menyusut sebanyak 13 sen atau 1.92 peratus bagi seunit saham sebelum ditutup pada harga RM6.65 sesaham.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.