Bangladesh hantar pelarian Rohingya ke Bhashan Char

137

5 DIS: Kerajaan Bangladesh mula menghantar kumpulan pertama pelarian Rohingya ke Pulau Bhashan Char yang disediakan khas untuk mereka.

Memetik laporan AFP, kumpulan seramai 1,640 orang itu terlibat dalam fasa pertama penempatan semula lebih 100,000 pelarian Rohingya di negara berkenaan.

Bangladesh membelanjakan AS$400 juta (RM1.6 bilion) bagi membina tempat perlindungan dan tebing banjir berukuran tiga meter di sepanjang kem itu.

Pelarian Rohingya yang dibawa ke sana diberikan bilik dan peralatan rumah bagi membolehkan mereka memasak serta memulakan kehidupan baharu.

Pihak berkuasa Bangladesh menjelaskan, penempatan semula itu akan mengurangkan kesesakan di kem pelarian sedia ada yang sering dilanda kejadian tanah runtuh.

Selain itu, kerajaan Bangladesh mahu menghapuskan kegiatan kumpulan ekstremis dan kongsi gelap berkaitan kes dadah di kem pelarian Rohingya.

Keselamatan di Pulau Bhashan Char diperketatkan dan balai polis dengan lebih 300 anggota ditempatkan di kawasan itu.

Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen juga memberi jaminan bahawa kemudian yang disediakan di Bhashan Char adalah jauh lebih baik berbanding di kem pelarian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.