4 kluster baharu COVID-19, 187 masih aktif

62

5 DIS: Sebanyak empat kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur,

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Batu Tiga dikesan di Tawau, Sabah dengan kes indeks dilaporkan positif COVID-19 pada 17 November lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, Kluster Jalan Domis membabitkan Kota Kinabalu dan Tongod, Sabah di mana kes indeksnya dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November lalu hasil saringan kontak rapat.

Dr Noor Hisham menambah, sehingga hari ini, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster tersebut.

Menurut beliau, Kluster Andalas pula di kesan di Klang, Selangor dan kes indeksnya dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” jelasnya.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Tapak Bina Bulatan pula dikesan di Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Beliau menyatakan, kes indeks kluster berkenaan dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember lalu hasil saringan sebelum ke luar negara.

“Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 319 individu telah disaring, di mana 163 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Secara keseluruhan, sebanyak 385 kluster dilaporkan manakala 198 kluster telah tamat termasuk Kluster Fores, Kluster Aero, Kluster Sungei Way, Kluster Baki dan Kluster Seladah yang tamat hari ini.

Sebanyak 187 kluster aktif masih dalam pemantauan dan 49 kluster mencatatkan pertambahan kes hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Bulatan (162 kes), Kluster Ria-30 (51 kes) dan Kluster Batu Tujuh (39 kes). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.