UMNO mahu pengeluaran i-Sinar tanpa syarat

237

Saya mendengar dan membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP.

Ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan oleh YB Menteri Kewangan ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO termasuk sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri sejak dari awal tegas dan konsisten memperjuangkan isu tuntutan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat.

AHMAD ZAHID HAMIDI
AHMAD ZAHID HAMIDI

Di saat rakyat sedang kesempitan dalam mendepani keadaan luar biasa pandemik, amat wajar sekali kita mempermudahkan dan menyantuni keperluan mereka.

Justeru, saya meminta pihak KWSP untuk mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden UMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.