Rajinikanth mahu beraksi dalam pentas politik

73

4 DIS: Hero filem Tamil, Rajinikanth mengumumkan akan beraksi dalam pentas politik di India dengan tekad untuk membentuk kerajaan bebas rasuah di negeri asalnya, Tamil Nadu.

Pelakon terkenal itu ketika mengumumkan keputusannya melalui Twitter berkata, beliau akan melancarkan sebuah parti politik dengan sokongan besar orang ramai bulan depan.

Rajinikanth juga dijangka bertanding dalam pilihan raya negeri di Tamil Nadu tahun depan.

Beliau menyatakan, penduduk Tamil Nadu mahu melihat politik yang jujur, telus, bebas rasuah, tanpa kasta, sekular dan kerohanian.

“Perkara-perkara indah dan menakjubkan akan berlaku!” katanya.

Difahamkan, parti politik yang bakal ditubuhkan Rajinikanth itu akan bergerak secara bersendirian.

Beliau yang merupakan salah seorang pelakon dengan bayaran termahal di Asia mempunyai peminat yang ramai di India dan digelar sebagai The Superstar atau Thalaivar (pemimpin).

Rajinikanth yang pernah bekerja sebagai konduktor bas mengetuai gerakan sivil, Rajini Makkal Mandram (RMM) pada 2017 sebagai batu loncatan untuk memasuki dunia politik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.