Poster beberapa negeri dikenakan PKPD palsu

165

3 DIS: Poster kononnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah adalah palsu.

Poster yang tular awal hari ini itu memaklumkan PKPD di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dilanjutkan dari 6 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Ini kerana negeri-negeri yang dinyatakan dalam poster tersebut tidak menjalani PKPD sebaliknya hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 6 Disember nanti.

Namun sebarang pemakluman sama ada ia akan dilanjutkan atau tidak akan dimaklumkan oleh kerajaan secara rasmi.

Pada Rabu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, tujuh kawasan ditamatkan PKPD bermula Rabu dan Khamis setelah mengambilkira nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Manakala PKPD di Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C Ipoh dilanjutkan seminggu selama tujuh hari lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.