Tubuh Majlis Presiden PN bincang dasar kerajaan

36

2 DIS: Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan pembentukan sebuah Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua parti kerajaan PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Majlis Presiden akan memainkan peranan sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

“Selain itu, mesyuarat MT juga memutuskan bahawa PN akan segera melaksanakan program-program flagship di seluruh negara untuk membantu kebajikan semua lapisan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas tentang mesyuarat MT PN yang berlangsung semalam dan dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan ahli-ahli MT yang lain.

Hamzah menambah, mesyuarat tersebut turut membincangkan persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.