HSR: Malaysia-Singapura terus sepakat

96

2 DIS: Malaysia dan Singapura akan mengumumkan butiran lanjut mengenai Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dalam satu kenyataan bersama pada waktu sesuai.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong saling memaklumkan mengenai hasil perbincangan dan memahami kedudukan Malaysia dan Singapura.

“Muhyiddin dan Lee Hsien Loong mengadakan sidang video mengenai Projek HSR, berikutan tarikh akhir pelanjutan kedua dan penangguhan Projek HSR adalah pada 31 Disember 2020.

“Kedua-dua Perdana Menteri menegaskan hubungan dua hala yang kuat antara kedua-dua negara merangkumi pelbagai bidang kerjasama dan keinginan yang kuat untuk terus memperkukuhkan hubungan bagi kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya, berkata panggilan video itu mencatatkan kemajuan perbincangan dan persefahaman baik, sekali gus memahami kedudukan kedua-dua negara.

“Kedua-dua pihak akan mengumumkan perincian lanjut mengenai projek HSR itu menerusi kenyataan bersama apabila tiba masanya,” katanya.

Kedua-dua Perdana Menteri juga menegaskan hubungan dua hala yang kuat antara negara merangkumi banyak bidang kerjasama dan keinginan tulus untuk terus mengeratkan hubungan ini bagi kepentingan bersama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.