Artikel fitnah, Ismail Sabri buat laporan polis

299

2 DIS: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pegawainya telah membuat laporan polis berikutan artikel yang disiarkan sebuah portal didakwa memfitnahnya.

Naib Presiden UMNO itu memberitahu, fitnah tersebut dipercayai dilakukan secara terancang terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk beliau sendiri.

“Saya salah seorang yang dikaitkan dan walaupun sebagai orang politik, kita biasa dengan perkara-perkara seperti ini tetapi fitnah kita tak boleh benarkan,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya ekoran laporan yang dibuat pegawainya itu.

Walau bagaimanpun, Ismail Sabri tidak mendedahkan nama portal yang didakwa melakukan fitnah tersebut.

“Saya tak mahu ulas panjang kerana melibatkan peribadi saya,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.