Warga asing terkandas boleh buat kerja sambilan

40

1 DIS: Warga asing yang tidak mempunyai visa pekerja di Jepun dibenarkan bekerja secara sambilan di negara itu sekiranya mereka terkandas tidak dapat pulang ke negara asal mereka akibat pandemik COVID-19.

Memetik laporan Jiji Press, kelonggaran itu diberikan oleh Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun dan permohonan mula dibuka hari ini.

Warga asing terbabit boleh membuat permohonan melalui pusat imigresen di seluruh Jepun.

Undang-undang Jepun membenarkan warga asing bekerja secara sambilan sehingga 28 jam seminggu sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Contohnya, mereka gagal mendapatkan penerbangan pulang ke negara asalmatau tidak menerima bantuan kewangan yang mencukupi daripada keluarga mereka.

Di bawah kelonggaran tersebut, keutamaan diberikan kepada pelawat jangka pendek dan mereka yang mempunyai visa khas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.