Serang PGA, reman warga Thai disambung

55

1 DIS: Reman ke atas tiga lelaki Thailand yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar pada 24 November lalu, disambung tujuh hari lagi.

Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali, selepas mendapat permohonan polis bagi meneruskan siasatan kes terbabit.

Terdahulu, tiga suspek berusia antara 34 hingga 38 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pada jam 9 pagi, dengan menaiki van polis, sebelum dibawa ke bilik reman.

Berita Yang Berkaitan

Berikutan itu, semua suspek dibawa kembali ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar bagi meneruskan proses siasatan mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, berkata tempoh reman 15 lagi suspek warga tempatan akan tamat esok.

Siasatan lanjut masih dilakukan ke atas suspek warga tempatan, sebelum keputusan menyambung reman diputuskan, esok.

Dalam kejadian serangan pada jam 3.10 pagi minggu lalu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena tembakan, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, parah dan masih dirawat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.