Rayuan GKP 2.0 dibuka bermula 7 Disember

169

1 DIS: Permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan dibuka bermula 7 hingga 21 Disember ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh ini ditetapkan bagi memberi peluang kepada individu mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut beliau, sehingga kini hampir 850,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

“Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan LHDN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, permohonan rayuan GKP 2.0 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal https://gkp.hasil.gov.my

GKP merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.

Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi berikutan penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, sehingga kini hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Katanya, kerajaan amat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro

Justeru, jelas beliau, GKP dan GKP 2.0 merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.