Amaran kebakaran: Ahli Parlimen, kakitangan diarah keluar bangunan

217

1 DIS: Sidang Dewan Rakyat yang baru sahaja bermula kira-kira 18 minit pagi ini terpaksa ditangguhkan seketika berikutan amaran kebakaran yang dikeluarkan oleh pentadbiran Parlimen.

Amaran itu kedengaran dalam Dewan Rakyat ketika sesi soal jawab bermula dengan soalan pertama oleh Ahli Parlimen BN Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Perhatian! Perhatian! Ini adalah amaran kebakaran!” kata individu yang mengeluarkan amaran itu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun seterusnya menangguhkan sidang kira-kira jam 10.18 pagi bagi membolehkan semua Ahli Parlimen dan pegawai bertugas keluar dari bangunan Parlimen.

Parlimen
Menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan kakitangan berada di luar bangunan kira-kira 10 minit selepas amaran kebakaran dibunyikan.

Semua Ahli Parlimen dan kakitangan dibenarkan memasuki semula bangunan Parlimen kira-kira 10 minit kemudian.

Difahamkan, tiada kebakaran dikesan di dalam bangunan Parlimen dan kawasan sekitarnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.