Vaksin COVID-19 tiada unsur babi, lembu

155

30 NOV: Kerajaan memberi jaminan bahawa semua vaksin COVID-19 yang dihasilkan di seluruh dunia tidak mengandungi unsur babi (porcine) atau lembu (bovine).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, jaminan itu adalah berdasarkan data yang diperolehi setakat ini.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantu dalam aspek pencarian vaksin yang diharuskan menurut hukum syarak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amzad Hashim
AHMAD AMZAD HASHIM

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya vaksin COVID-19 hanya diuji terhadap monyet dan tikus.

Ahmad Amzad memberitahu, setiap satu daripada 12 vaksin COVID-19 yang berada dalam fasa 3 ujian klinikal telah diuji terhadap 20,000 hingga 90,000 sukarelawan di seluruh dunia termasuk di rantau ASEAN.

“Kesemua calon vaksin Covid-19 yg dinilai oleh Malaysia mempunyai laporan keberkesanan 90 peratus ke atas,” jelasnya.

Beliau menambah, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia boleh memilih untuk mendapatkan sendiri suntikan vaksin di hospital swasta.

“Mereka boleh memohon pengecualian cukai atas perbelanjaan berkenaan terhad RM1,000 seorang,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.