Rakyat kecewa PH amal pendakwaan terpilih

270

30 NOV: Pendakwaan terpilih yang berlaku semasa zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) benar-benar telah mengecewakan rakyat.

Ahli Parlimen BN Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, rakyat berharap PH menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Namun, beliau mendakwa, terdapat pendakwaan yang dilakukan seolah-olah berunsur dendam.

“Ada juga kes-kes yang telah berjalan setengah, kemudian ditarik balik.

“Ini merupakan satu tindakan yang cukup tidak baik kerana telah dijanjikan dalam manifesto iaitu tidak akan lagi berlaku pendakwaan terpilih,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamed Nazri menambah, pentadbiran PH ketika itu sepatutnya memberi kebebasan kepada mahkamah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara bebas. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.