Ribuan bantah sekatan pergerakan di London

78

29 NOV: Lebih 150 individu ditahan dalam tunjuk perasaan disertai ribuan peserta yang menentang kawalan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 di London, malam tadi.

Di sebalik kes positif yang tinggi di Britain dengan lebih 50,000 kematian, penunjuk perasaan tidak menghiraukan statistik itu sebaliknya menuntut hak kebebasan mereka.

Polis Metropolitan memaklumkan, jumlah individu yang ditahan mungkin akan bertambah selepas bertempur dengan polis yang bertindak menyuraikan kumpulan tunjuk perasaan.

“Ini membabitkan kesalahan yang berbeza, termasuk melanggar sekatan COVID-19. Kami menjangkakan jumlah ini (ditahan) akan meningkat,” katanya.

Terdapat video rakaman insiden dimasukkan dalam media sosial yang memaparkan polis dan penunjuk perasaan sedang bertempur di pusat beli-belah utama di Jalan Oxford, selepas perhimpunan itu melepasi pusat ibu kota.

Terdahulu, polis menggesa mereka yang berkumpul di Jalan Oxford dan berhampiran Marble Arch supaya bersurai serta pulang ke rumah.

England ketika ini merancang menguatkuasakan perintah berkurung kedua dalam usaha mengurangkan kadar kebolehjangkitan semasa gelombang kedua COVID-19.

Di Britain sahaja, lebih 57,000 orang maut angkara COVID-19 sekali gus menjadikan ia kadar tertinggi di Eropah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.