Kanak-kanak maut dicampak dari tingkat empat

174

29 NOV: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai dicampak oleh datuk tirinya yang juga seorang warga Nigeria dari tingkat empat sebuah apartmen di Danau Kota, ibu negara pagi ini.

Suspek sebelum itu bergaduh dengan isterinya, seorang warga tempatan berusia 48 tahun selepas dihalang daripada merogol salah seorang anak tirinya.

Lelaki Afrika itu kemudian dilaporkan turut cuba melemaskan anak kandungnya berusia lapan tahun di dalam baldi tetapi kanak-kanak itu berjaya melepaskan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi.

Katanya, kanak-kanak itu dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek, warga Nigeria cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu, namun dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

“Anak tiri mangsa berusia 19 tahun hingga 29 tahun cuba menghalang tindakannya. Suspek yang mula berang, mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada dalam rumah berkenaan,” katanya kepada media sebentar tadi di lokasi kejadian.

Nik Ros Azhan berkata, suspek mula bertindak di luar kawalan selepas melihat anak-anak tirinya menjerit dan meminta tolong orang ramai sebelum mengangkat Muhammad Adam menuju ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya ke bawah.

“Suspek juga kemudian turut melompat keluar melalui tingkat sama namun terjatuh.

“Dia yang cedera dapat ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang ramai yang kemudian menyerahkannya kepada polis.

“Kita akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tiga lagi manga yang cedera dihantar ke hospital,” katanya.

Siasatan mendapati lelaki Nigeria itu berkahwin dengan wanita tempatan tempatan 10 tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Wanita itu pula mempunyai tiga orang anak berusia 19 hingga 29 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.