Firma India mohon kelulusan segera

49

29 NOV: Institut Serum India (SII) akan memohon kelulusan segera daripada kerajaan bagi penggunaan vaksin COVID-19 yang dibangunkan bersama AstraZeneca dan Universiti Oxford, dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Eksekutif SII, Adar Ponnawala berharap, kekeliruan mengenai keberkesanan vaksin dikenali sebagai Covishield itu tidak akan merencatkan proses pengagihan vaksin berkenaan.

Katanya, pihaknya pada masa ini percaya mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 100 juta dos sebulan vaksin berkenaan, mulai awal tahun depan.

“Ada sedikit kekeliruan komunikasi mengenai vaksin itu dan akan diperjelas dalam tempoh terdekat.

“Akan tetapi, ia tidak akan proses mempengaruhi kelulusan segera di United Kingdom (UK) dan sama sekali tidak akan mempengaruhi di India.

“Kita dalam proses memohon kelulusan segera untuk penggunaannya (vaksin) dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Walaupun kelulusan itu dijangka diperoleh dalam tempoh minggu akan datang atau lebih, ia tidak akan memberi banyak perbezaan kepada penghantaran dan kuantiti dos yang akan kami agih,” katanya.

Poonawalla berkata demikian selepas lawatan Perdana Menteri, Narendra Modi ke kilang berkenaan.

Kerajaan India dilaporkan mahu antara 300 hingga 400 juta dos vaksin COVID-19 tersedia pada Julai tahun depan dalam usaha membendung penularan pandemik itu di negara yang sedang bergelut dengan peningkatan mendadak kes jangkitan.

India adalah negara kedua paling teruk terkesan selepas Amerika Syarikat (AS). Ia dijangka melepasi 10 juta kes positif COVID-19 pada awal Disember.

Menurut firma farmaseutikal AstraZeneca, penyelidikan lanjut diperlukan terhadap vaksin yang dibangunkan berikutan ada saintis menimbulkan kekeliruan terhadap keberkesanan Covishield.

Ujian menunjukkan keberhasilan vaksin berkenaan pada purata 70 peratus, namun ia melonjak kepada 90 peratus apabila separuh dos ditambah dengan satu dos penuh diberikan.

Firma berkenaan tidak segera mengakui vaksin berkenaan mempunyai tahap keberkesanan tinggi apabila ia hanya diuji kepada pesakit berumur sekitar 55 tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.