Empat kluster baru, Tapak Bina Awan Baru tertinggi

684

29 NOV: Sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes COVID-19 hari ini dengan yang tertinggi Kluster Tapak Bina Awan Baru di Kuala Lumpur dengan 367 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini diikuti Kluster Bintang dengan 76 kes dan Kluster Bayam Indah, 52 kes.

Pada masa katanya, terdapat empat kluster baru dikenal pasti hari ini melibatkan Kuala Lumpur, Sabah, Selangor dan Kelantan.

“Pertama ialah Kluster Tapak Bina Sungai Mulia melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah tapak pembinaan.

“Sehingga 29 November 2020, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurut beliau, kedua ialah Kluster Batu Lima di daerah Kota Kinabalu dan kes indeks telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 November lalu hasil saringan individu bergejala.

Katanya, sehingga 29 November 2020, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Ketiga Kluster Yayasan di daerah Klang. Kes indeks telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Novemberhasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 29 November 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” jelasnya.

Tambah Noor Hisham, terakhir Kluster Hilir di daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di negeri Kelantan.

“Kes indeks telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 29 November 2020, sejumlah 975 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.