Lulus bajet semua peringkat, taat titah Agong

110

28 NOV: Semua Ahli Parlimen wajib terus mentaati titah perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, supaya Belanjawan 2021 diluluskan di semua peringkat demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat yang kini menghadapi kesukaran akibat COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua Ahli Parlimen perlu menjunjung tinggi titah Al- Sultan Abdullah untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan dalam undian peringkat jawatankuasa dan seterusnya nanti.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menegaskan, sepatutnya tidak timbul soal lulus Belanjawan 2021 di peringkat dasar namun menolaknya dalam undian peringkat jawatankuasa nanti.

takiyuddin hassan
TAKIYUDDIN HASSAN

“Keputusan lulus Belanjawan 2021… Titah dan tugas yang bertanggungjawab. Tiada istilah lulus peringkat dasar, tolak pula di peringkat jawatankuasa… kasihi dan hormati rakyat, kerajaan bertindak untuk semua,” katanya dalam ciapan Twitter miliknya, hari ini.

Sebelum ini, Seri Paduka, menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah memberi sokongan dalam meluluskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, pada 26 November lalu.

Walau bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan majoriti pembangkang mahu memberi peluang kepada kerajaan dengan tidak menyokong undi belah bahagi ketika pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, majoriti kem pembangkang bersetuju untuk berbuat demikian, namun akan kembali membahaskannya pada peringkat jawatankuasa Isnin nanti.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau meminta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.