Ahli Parlimen tolak bajet amal politik bangkrap

172

27 NOV: Sekumpulan Ahli Parlimen yang menolak kelulusan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar semalam disifatkan sebagai wakil rakyat yang tidak beretika kerana mengamalkan politik yang bankrap serta tidak bermoral.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) , Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, ini membuktikan tindakan yang tidak bertanggungjawab dilakukan oleh mereka yang dilihat mengamalkan perbuatan antinasional.

“Apakah yang boleh kita gelarkan terhadap mereka yang meminta undian belah bahagi untuk keseluruhan Bajet?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

KAMARUL ZAMAN YUSOFF
KAMARUL ZAMAN YUSOOF

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta undi belah bahagi dilakukan sebelum Belanjawan 2021 dapat diluluskan.

Walau bagaimanapun, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana kurang daripada 15 Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pada masa yang sama, Kamarul tidak menolak kemungkinan Belanjawan 2021 ditolak oleh pembangkang menerusi peringkat jawatankuasa dan perkara itu akan memberi kesan buruk khususnya kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyalurkan peruntukan tersebut kepada rakyat.

Jika situasi itu berlaku, tambah beliau, terbukti bahawa ahli-ahli Parlimen pembangkang lebih mementingkan polemik politik berbanding kepentingan rakyat yang terkesan teruk akibat pandemikCOVID-19

“Jika banyak bajet kementerian di peringkat jawatankuasa kalah melalui undian mereka akan cuba mengalahkan bajet bacaan kedua 15 Disember ini pula.

“Peringatan sama juga wajar diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen yang bertekad mahu menggagalkan undian Bajet 2021 di peringkat jawatankuasa dan di peringkat bacaan ketiga nanti,” jelasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.