Rancang segera, rakyat menanti pelaksanaan

159

26 NOV: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan rasa syukur Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar dan diluluskan demi keutamaan negara dan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan berharap belanjawan yang diluluskan itu merupakan intervensi yang sangat dinanti-nantikan.

“Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah menggandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus segera merancang agar Belanjawan 2021 dapat segera dilaksanakan tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, ahli Parlimen perlu terus berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan Belanjawan yang diluluskan di aksana dengan sesegera mungkin dengan efisyen.

Sebentar tadi, Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat.

RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas permohonan beberapa ahli Parlimen pembangkang untuk undi belah bahagian tidak berjaya apabila hanya 13 orang yang bangun, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.