Menteri Pelancongan tiada kontak langsung pegawai positif COVID-19

111

26 NOV: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri disahkan bukan kontak langsung seorang pegawai Tourism Malaysia yang didapati positif COVID-19.

Kementerian itu menjelaskan, perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan selepas siasatan pengesanan kontak dijalankan.

“Untuk makluman, Nancy telah mengambil inisiatif proaktif dan menjalani ujian swab pada jam 5.15 petang semalam, hasil keputusan ujian swab yang telah dilakukan itu adalah negatif.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan menjalani satu lagi ujian swab pagi ini,” kata kementerian itu dalam kenyataan media, hari ini.

Bagi menangani penularan wabak pandemik Covid-19, bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Putrajaya telah disanitasi pegawai kesihatan petang semalam.

Semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di bangunan MOTAC Putrajaya diarahkan bekerja dari Rrumah untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah berkuat kuasa hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.