Lebih banyak daftar perniagaan banding gulung tikar

43

26 NOV: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengesahkan banyak perniagaan baharu didaftarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berakhir pada Oktober lalu, 279,384 perniagaan baharu didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Manakala menurut beliau, SSM hanya menerima 27,934 permohonan penamatan perniagaan yang membuktikan nisbah yang membuka syarikat baharu adalah lebih tinggi berbanding mereka yang gulung tikar.

“Sebagai contoh, yang nak tubuh syarikat jenis baharu mungkin terjejas dalam bidang pelancongan, mungkin berpindah jadi buat makanan atau penghantaran.

“Ini jelas dalam kajian kita dan bukan kita ambil dari mana-mana tetapi dibuat oleh SME Corps di dalam kementerian. Kementerian juga akan terus memberi penekanan kepada usahawan termasuk usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKO dan informal yang tidak berdaftar dengan SSM atau ada sdn bhd, partnership atau tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Junaidi memberitahu, sebanyak 99 peratus peruntukan berjumlah RM300 juta di bawah TEKUN telah digunakan bukan sekadar diberi pinjaman, malah mereka akan diberi bimbingan sehingga mereka mampu berdiri semula di samping memberi pengetahuan tentang perniagaan cara baharu sesuai dengan kehendak semasa kususnya ketika pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan lain, pelbagai strategi dilaksanakan oleh pihaknya dan berhasrat untuk memperkukuhkan lagi pengurusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) agar sejajar kualitinya dalam membantu usahawan meningkatkan pasaran mereka yang boleh membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Jadi, Perbadanan Nasional Berhad ini telah diletakkan di bawah kementerian saya yang ingin dibangunkan supaya struktur pengurusan perdagangan produk kualiti pembungkusan, publisiti gambar, pengiklanan telah dibuat jadi PNS ini bakal digunakan sebagai instrumen bagi membangunkan lagi pihak menaamtkan perkhidmatan perniagaan mereka di satu-satu jurusan.

“Kita promosikan di kalangan PKS untuk mengambil bahagian dengan PNS kerana penstrukturan PNS itu sendiri tidak lagi mempunyai proses-proses panjang kerana produk pengiklnanan akan dibantu, ada dana, ada bantuan. Itulah gambaran yang boleh saya sebut mengenai pembangunan usahawan kerana COVID-19,”katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.