PTPTN: Peminjam B40 dapat kenaikan RM8,000

182

25 NOV: Peminjam Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari keluarga B40 yang melanjutkan pengajian peringkat diploma di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bakal menerima kenaikan jumlah pembiayaan RM8,000 tahun depan, berbanding RM6,800 ketika ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, perkara itu tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh pihak IPTS bermula pada tahun hadapan.

“Pada masa yang sama, kementerian juga bersetuju untuk meluaskan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS dari keluarga B40 berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, seramai 422,609 orang daripada 1.5 juta keseluruhan peminjam PTPTN yang patut membuat bayaran balik memilih untuk meneruskan bayaran pinjaman mereka sehingga Oktober 2020.

Menurut beliau, berdasarkan rekod, ada peminjam yang komited untuk membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh penangguhan dan usaha itu wajar dipuji.

“Jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik bagi kedua-dua moratorium ini sebanyak RM1.125 bilion yang memberi manfaat kepada RM1.5 juta peminjam.

“Sungguhpun penangguhan diberikan, kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada 42,209 peminjam yang masih meneruskan bayaran balik pinjaman dengan jumlah RM509 juta bagi tempoh April hingga Oktober,” katanya.

Berhubung cadangan Ahli Parlimen BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen PH Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam perbahasan sebelum ini supaya faedah pinjaman dikecualikan dan diskaun bayaran balik diberikan kepada peminjam, Noraini berkata pihaknya akan mengkaji cadangan ini secara serius dan masa sama memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas untuk jangka masa panjang. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.