Optimum sesi pembelajaran maya universiti awam

68

25 NOV: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian agar pelajar tidak tercicir dan mendapat kualiti yang terbaik menerusi kaedah norma baharu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata, pihaknya sentiasa mengoptimumkan pelbagai platform pembelajaran menerusi atas talian untuk memastikan sesi pembelajaran secara maya dapat diteruskan secara berkesan.

Menurut beliau, kandungan modul dalam talian juga dijamin berkualiti dan menepati silibus yang telah ditetapakan menerusi jurusan masing-masing.

mansor othman
MANSOR OTHMAN

“KPT melalui Unit Jaminan Kualiti Kementerian memantau secara dekat kualiti pembelajaran atas talian dan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dan meningkatkan kapasiti jalur lebar Malaysia menerusi Malaysian Research & Education Network (MYREN) di Institusi Pengajian Tinggi Awam hingga 10gbps dengan peruntukan RM50 juta.

“Kapasiti jalur di IPT lebih tinggi membolehkan pelajar daapt akses internet lebih baik. Bantuan sumbangan pelan data dengan peruntukan berjumlah RM24 juta kepada 320,396 pelajar universiti awam, 225,784 pelajar menerima bantuan kad SIM, 94,612 pelajar menerima bantuan berbentuk tunai bagi pembelian data,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria tentang langkah proaktif pengurusan pentadbiran universiti awam bagi menyediakan jadual kuliah secara dalam talian terutama kepada pelajar universiti baharu sesi Oktober lalu dan apakah tindakan strategik dalam memastikan setiap pelajar baharu tidak tercicir mengikuti silibus dan jurusan masing-masing.

Dalam pada itu, Mansor memberitahu, kerajaan turut memperuntukkan RM13.4 juta bagi bantuan pemilikan peranti yang memberi manfaat psotifi kepada 8995 pelajar di universiti awam di samping bantuan tunai juga diberikan RM50 secara terus yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta kepada 776153 pelajar baharu sesi akademik 20/21.

“Manakala latihan peningkatan kapasiti secara berterusan meningkatkan kepupayaan dan kemahiran mengendalikan sesi PdP secara maya oleh pensyarah dan memastikan pensyarah mempunyai akses internet memuaskan untuk kakitangan universiti khsususnya pensyarah melaksanakan PdP secara talian mengikut jadual bagi memenuhi silibus ditetapkan.

“Ini sebahagian usaha bagi pelajar baharu sepenuhnya yang ditetapkan dalam jurusan masing-masing. Universiti awam akan sentiasa memantau PdP mereka dan akan melakukan pembaharuan dari semasa ke semasa,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.