KBS perjuangkan agar tiada lagi acara sukan ditangguh

114

25 NOV: Kementerian Belia dan Sukan akan memperjuangkan gelembung sukan atau sport bubble kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kejohanan sukan khususnya saingan Piala Malaysia 2020 yang ditangguhkan sebelum ini dapat diteruskan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dengan kaedah ini, ia memberi peluang kepada pihaknya meneruskan acara sukan dan ia banyak digunakan dalam penganjuran kejohanan bola sepak di seluruh yang dilihat tiada kluster yang terwujud disebabkan sukan khsususnya bola sepak.

Katanya, pihaknya maklum bahawa pandemik COVID-19 memberi cabaran besar kepada industri sukan bola sepak negara namun situasi ini tidak harus mengentikan apa yang sedang berlangsung sekali gus memberi satu isyarat yang tidak tepat.

“Ada contoh ujian seperti RTK Antiegen 90 peratus berkesan (realibility), di Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur menerokai dengan meniup nafas dan dapat dikesan dalam tempoh seminit. Ini perkara dibawa ke MKN kerana bola sepak ini isu pemasaran, ada penonton paling besar lebih kurang tujuh ke lapan juta.

“Jika tiada yang saksikan tentulah kehilangan nilai komersial dan syarikat-syarikat penyiaran sukan akan bekerja keras kerana tiada bahan untuk dipertontonkan.

“Sebab itu sebagai menteri, perjuangan kita adalah mempastikan pada 2021, aktiviti sukan akan dapat diteruskan dengan meyakinkan MKN menggunakan modul gelembung sukan yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican memberitahu, pihaknya telah memperuntukan RM10 juta melalui inentif Prihatin Sukan pada Jun lalu dalam membantu beban ekonomi Persatuan Sukan Kebangsaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Sebanyak 1,399 kelulusan diberikan termasuk 160 kelulusan automatik bantuan pengurusan sukan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan dan 1,028 kelulusan automatik kepada badan-badan Persatuan Sukan Negeri. Selain itu, KBS melalui Majlis Sukan Negara membantu persatuan sukan kebangsaan yang terlibat.

“Bantuan sedemikian dari bulan Julai hingga Disember 2020 yang telah diterima dengan jumlah RM300,000. Selain bantuan disediakan, Majlis Olimpik Malaysia juga sediakan bantuan dana COVID-19 pada April dan bantuan dana COVID-19 kedua pada Oktober 2020 yang berjumlah RM600,000 bagi membantu persatuan sukan kebangsaan di bawahnya menampung perbelanjaan khususnya dari pengurusan dan pentadbiran,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.