Backbenchers sepakat sokong luluskan bajet

606

25 NOV: Ahli-ahli Parlimen backbenchers Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menyatakan sokongan padu untuk mengundi meluluskan Belanjawan 2021 pada sidang Dewan Rakyat esok.

Menerusi satu kenyataan media malam ini, Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC) berkata, keputusan yang dibuat ini adalah merupakan keputusan secara kolektif kesemua ahli Parlimen PN yang berjiwa besar mengenepikan segala perbezaan.

Kata kenyataan itu, ini demi memastikan kelangsungan dan kesejaheraan rakyat serta ketahanan ekonomi.

“Keutamaan kami adalah menghadapi krisis pandemik COVID-19 demi kesejahteraan rakyat.

“Kami juga akan memberi komitmen, sokongan dan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat, Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebagai Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

parlimen

Ahli Parlimen PNBBC itu terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bebas.

PNBBC dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Shahidan Kassim bersama Timbalan Pengerusi PNBBC yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh

Malam tadi, anggota pentadbiran BN dalam kerajaan yang terdiri daripada 11 menteri dan sembilan timbalan menteri turut melahirkan keyakinan rakan-akan ahli Parlimen BN akan menyokong Belanjawan 2021.

Tengah hari tadi, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengadakan pertemuan bersama beberapa ahli Parlimen BN diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Belanjawan 2021 dibentangkan Tengku Zafrul pada 6 November lalu yang antara lain memberi penekanan kepada usaha kerajaan mendepani cabaran COVID-19 selain bagi mengukuhkan ekonomi semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.