Pelbagai strategi tingkat keyakinan pelabur asing

84

24 NOV: Kerajaan sentiasa komited melaksanakan pelbagai strategi dan hala tuju berkaitan import dan eksport negara bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia, khususnya di Sabah.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, antara strategi dilakukan pihaknya menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah membantu syarikat menjalankan promosi eksport dengan memperkukuhkan geran pembangunan pemasaran menerusi platform digital di laman sesawang perbadanan tersebut.

Menurut beliau, dengan langkah itu, MATRADE telah memperluaskan skop bagi menampung kos syarikat-syarikat Malaysia dalam pameran dagangan antarabangsa secara maya di luar dan di dalam negara di samping menampung 30 peratus kos logistik termauk pengangkutan dan gudang bagi penghantaran ke luar negara.

LIM BAN HONG

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober, 1250 permohonan telah diproses dengan geran RM20.85 juta disalurkan. Kedua menyediakan pebagai risikan pasaran untuk mengeksport yang boleh boleh diakses menerusi atas talian MyEksport.

“Ketiga melaksanakan padanan perniagaan antara pengimport luar negara dan pengeksport Malaysia. Keempat, menggalakan syarikat tempatan menggunakan platform digital melalui MATRADE dan kelima menggiatkan program-program permekasaan pengeksport melalui latihan pengeksport melalui Webinar,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN Kimanis, Datuk Mohamad Alamin tentang strategi dan hala tuju Kementerian berkaitan import dan eksport negara bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ban Hong memberitahu, bagi menggalakkan penggantian import, kerajaan giat mendorong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membekalkan komponen syarikat pengeluar di Malaysia termasuk syarikat multinasional dan memberi galakan kepada syarikat tempatan untuk tingkatkan akses pasaran global intigrasi syarikat Malaysia dengan rantaian bekalan global dunia.

“Untuk tingkatkan keyakinan pelabur asing, kita meningkatkan kerjasama dengan agensi di bawahnya dan agensi di setiap negeri termasuk di Sabah. Kedua, kenalkan pelbagai skim insentif cukai dan pelaburan melalui Pelan PENJANA untuk menarik semula pelabur asing ke Malaysia.

MOHAMAD ALAMIN
MOHAMAD ALAMIN

“Ketiga, memudahkan proses kelulusan dan memeprcepatkan pasaran projek menerusi unit PACU dan keempat memebri kelulusan lesen pengilang tidak sensitif dalam tempoh dua hari menerusi platform digital. Pusat sehenti juga ditubuhkan selain mengadakan juga dialog bersama kedutaan, dewan perniagaan dan pemain-pemain industri,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan tambahan Mohamad tentang sektor pelaburan yang diberi tumpuan di Sabah khususnya Kimanis, Ban Hong menyatakan pelbagai sektor pelaburan yang dilaksanakan di bawah khsususnya projek-projek utama Koridor Pembangunan Sabah yang merangkumi pelbagai bidang.

“Yang pertama ialah pelancongan dan dan ekonomi kretif seperti reka bentuk produk, seni kraf, fesyen dan keduanya ialah penteranakan dan industri pembuatan yang berasaskan dengan penterknakan dan ketiga ialah industiri berasaskan pertanian di mana pembangunan sektor ini terletak di tempat Yang Berhormat Kimanis dan Papar termasuk penghasilan produk halal, farmasi, biofarmasi dan bioteknologi.

“Keempat, industri berdasarkan kelapa sawit kelima industri berasaskan petroleum dan gas, keenam hab pendidikan dan yang terahir ialah berkaitan marin. Ini merupakan sektor-sektor yang akan beri tumpuan dan kerjasama kerajaan negeri Sabah dan MITI akan menghasilkan keputusan yang terbaik,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.