MOTAC komited bangunkan tapak arkeologi Sungai Batu

149

23 NOV: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited dalam usaha membangunkan Tapak Tamadun Awal Asia Tenggara iaitu di tapak Arkeologi Sungai Batu, sebagai salah satu lokasi warisan dan arkeopelancongan negara.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, hasil penyelidikan menemui pelbagai barangan berharga seawal 788 sebelum Masihi di Sungai Batu, Merbok itu membolehkan ia dikenali sebagai lembah sejarah atau lembah warisan memandangkan banyak produk yang sesuai dengan tema pelancongan warisan.

Menurutnya, pihaknya di bawah Jabatan Warisan Negara yang bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah sejak 2007 masih lagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan bagi melengapkan data sejarah Lembang Bujang khususnya di kawasan Sungai Batu.

“Pengalaman (saya) melihat sendiri serta Muzium Lembah Bujang yang tidak jauh dari tapak tersebut amat mempersonakan. Tapak arkeologi Sungai Batu telah diisyshitharkan sabagai tapak warisan kebangsaan di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu Akta 645.

“Jadi ada perbezaan (Candi Borobudur, Angkor Wat) iaitu aktiviti penyelidikan dan kerja-kerja eksovasi di tapak-tapak berpotensi di tapak arkeologi di Sungai Batu ini masih belum selesai dan sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelidikan kita.

“Oleh itu, tapak ini masih sensitif dan pelancongan di kawasan ini turut dikawal, pun gitu ini tidak bermakna ia tidak boleh diakses dan tidak dipromosikan. Selain R&D, kerjasama ini melibatkan aktiviti promosi menerusi gabungan segmen pelancongan warisan sejarah,”katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PKR Merbok, Nor Azrina Surip tentang langkah-langkah agresif promosi pelancongan terhadap Tapak Arkeologi Sungai Batu yang mana secara prinsipnya ia telah terbukti merupakan tamadun terawal dunia berbanding Tapak Candi Borobudur di Jawa Tengah dan Angkor Wat di Cambodia.

Sementara itu, menjawab pertanyaan tambahan Nor Azrina apakah tindakan yang dilakukan Kementerian selepas peruntukan buat perkara itu tidak diperuntukan oleh Kerajaan, Nancy memberitahu pihak maklum dengan perkara itu dan telah melakukan penelitian agar pihaknya mendapat sedikit peruntukan demi pembangunan warisan sejarah.

“Memang betul sebab itu saya turun sendiri supaya dapat lihat sendiri berapa kita perlukan kerana dulu yang kita mohon telah ditarik balik dan MOTAC dan dalam lawatan arkeologi Sungai Batu pada September lalu turut menjemput Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk lihat sendiri tapak berkenaan.

“MOTAC telah menerangkan perancangan jangka panjang di situ. Kami memohon untuk mendapatkan peruntukan pembangunan ini untuk pusingan pelan RMK-12 tahun 2021 bagi memudahkan kami letakkan berapa kami perlukan dan kami sudah lakukan perbincangan dan yang diperlukan RM50,000,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.