‘Kelentong’, wakil DAP kena sekolah dengan Speaker

1,425

23 NOV: Gara-gara guna perkataan ‘kelentong’ dan enggan mendengar nasihat akhirnya, Ahli Parlimen PH Batu Kawan, Kasthuriraani Patto, ‘disekolahkan’ oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, sebelum sisi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di Parlimen sebentar tadi.

Azhar menegaskan kepada Kasthuriraani supaya bersabar kerana masalah berkenaan berkaitan dengan perbalahan fakta dan beliau tidak membuat sebarang ‘ruling’ atau petua tanpa mendengar dan melihat fakta diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

azhar

“Tolong jangan sebut kelentong. Itu perbalahan fakta, YB kata ada kekeliruan saya sudah meminta penjelasan kita tunggu dulu kenapa kita nak jump the gun. Kita tunggu penjelasan beliau. kita tidak boleh membuat kesimpulan (rumusan).

“Saya dah baca hansard. YB tidak faham apabila disuruh saya membuat suatu ketetapan bahawa sesuatu jawapan itu mengelirukan dewan maka saya perlu membuat rumusan apa yang dikatakan mengelirukan. Itu berkait rapat dengan kenyataan fakta jadi saya perlu melihat fakta terlebih dahulu.

“Saya tidak boleh kata terus keliru. Saya sudah meminta penjelasan kita tunggu,” katanya ketika memberikan maklum balas berhubung isu dibangkitkan Kasthuriraani sebelum sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Kasthuriraani tidak berpuas hati dengan jawapan dan fakta dikatakan mengelirukan diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat berhubung beberapa isu dibangkitkannya di Dewan Rakyat pada minggu lalu.

“Datuk Speaker pada minggu lalu, saya sudah menghantar surat kepada Datuk Speaker untuk membuat satu ‘petua’ mengenai jawapan saya yang diterima daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Apa yang saya pertikaikan adalah mengenai data diberikan.

“Kalau jawapan untuk ‘Q & A’ (soal jawab lisan) pun boleh kelentong sampai macam ini sekali… mengenai isu pembangunan keluarga, wanita dan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, jenayah seksual pun boleh kelentong macam ini.

“Ini tiada ketelusan dan akauntabliti. Minggu lepas saya sudah berikan surat meminta penjelasan kepada Datuk Speaker,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.