Lagi kes pandu lawan arus, polis Klang buru suspek

44

22 NOV: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang memandu secara melawan arus dari Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota, Klang seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, video berdurasi 47 saat yang direkodkan seorang individu menunjukkan kereta warna kelabu itu dipercayai jenis Nissan Almera atau Toyota Vios dipandu secara melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Individu berkenaan dipercayai memandu secara melawan arus di Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota dari simpang Shah Alam menghala ke Klang.

“Pemandu itu sedang dikesan bagi melengkapkan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di 013-4146144.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berdasarkan rakaman video yang tular sejak awal pagi semalam itu, kereta berkenaan dipandu di lorong ketiga.

Kereta itu dilihat dipandu laju dan ada ketikanya cuba mengelak beberapa kenderaan yang melalui jalan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.