Indonesia keluar amaran letusan Gunung Merapi

29

21 NOV: Penduduk di sekitar kawasan Gunung Merapi, Indonesia diminta berjaga-jaga berikutan terdapat tanda gunung berapi itu akan meletus dalam masa terdekat.

Memetik laporan antaranews.com, amaran itu dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) yang berpusat di Yogjakarta.

Ketua BPPTKG, Hanik Humaida berkata, Gunung Merapi menunjukkan tanda aktif dengan kekerapan gempa lebih tinggi semalam dan pergerakan magma sehingga 1.5 kilometer daripada permukaan.

Menurut beliau, magma mula menghampiri permukaan, tetapi belum muncul dari puncak gunung berapi.

Hanik menambah, kawasan yang berisiko tinggi adalah di barat laut dan barat ke tenggara gunung berapi, yang melintasi wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta.

Penduduk di kawasan sekitar barat laut, tenggara, utara dan timur laut Gunung Merapi diminta sentiasa berjaga-jaga.

Gunung Merapi yang terletak di sempadan daerah Sleman, Yogyakarta dan Jawa Tengah meletus dua kali pada 21 Jun lalu dengan memuntahkan debu setinggi 6,000 meter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.