Hujan lebat, Sungai Buloh banjir kilat

380

18 NOV: Jalan Kuala Selangor-Kepong dekat Sungai Buloh dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Hujan yang bermula kira-kira jam 5 petang tadi dan berlarutan lebih sejam itu menyebabkan lokasi berkenaan dinaiki air sehingga 0.5 meter.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kenderaan yang cuba mengharungi banjir terkandas dan rosak.

Kesesakan teruk turut dilaporkan di lokasi kejadian yang terletak tidak jauh dari susur Plaza Tol Sungai Buloh.

Selain di jalan berkenaan, keadaan ini juga menyebabkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan sebelum susur keluar Sungai Buloh apabila hampir semua kenderaan tidak dapat bergerak.

Gambar insiden berkenaan turut tular di media sosial dengan difahamkan kejadian banjir kilat seperti itu sering dilaporkan di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu setiap kali hujan lebat.

Gambar media sosial

Semalam, beberapa kawasan di ibu negara turut dinaiki air akibat hujan lebat selama kira-kira dua jam.

Antara terlibat Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Jelatek, Jalan Ampang dan Jalan Parlimen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.