YB Rara sahkan dikompaun kerana piknik masa PKPB

670

17 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman mengesahkan beliau dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sepang, baru-baru ini.

Young Syefura berkata, beliau akan menjelaskan bayaran kompaun itu dalam masa terdekat dan polis memaklumkan kes terhadapnya itu dianggap selesai.

“Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Saya memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu,” katanya.

Young Syefura berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan Dun Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Young Syefura atau Rara dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai berhampiran sebuah resort peranginan di Sepang yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial itu.

Selangor antara negeri dikenakan PKPB sehingga 6 Disember ini dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.