Trump mahu serang fasiliti nuklear Iran?

117

17 NOV: Donald Trump sempat bertanya tentang kemungkinan untuk menyerang fasiliti nuklear milik Iran dalam tempoh pentadbirannya berbaki hanya dua bulan lagi.

The New York Times melaporkan, Trump dikatakan bertanya sama ada beliau mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan terhadap tapak nuklear utama Iran dalam beberapa minggu akan datang.

Pertanyaan itu diajukan kepada beberapa pembantu utama beliau, termasuk Naib Presiden, Mike Pence; Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Mark Milley.

Mujurlah, pegawai-pegawai terbabit meminta Trump supaya tidak melancarkan serangan berkenaan.

Mereka juga memberi amaran bahawa langkah sedemikian boleh meningkatkan lagi konflik pada hari-hari terakhir pentadbiran Trump.

Trump yang tewas dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini dikatakan bertanya tentang perkara itu ekoran laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa Iran masih menyimpan bekalan uranium.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.